Hujan yang turun melimpahi bumi.Mengisi kekosongan untuk menemani sang bumi yang sepi.Baut bumi yang bertapak sementara sebelum menantikan kiamat yang pasti terjadi.
Kesemepatan ini tangan ini menukilkan buat tatapan rohani untuk semua insan.Semoga hati bisa tenang tatkala mata melihat dan hati merenung apa yang dititipkan oleh tangan ini agar ianya menjadi muhasabah pada diri kita.Ianya berksairkan tentang doa dan apa itu pengertiannya.Sesungguhnya senjata bagi orang mukmin itu adalah doa.
Doa itu bermaksud Erti doa adalah besar sekali kerana doa merupakan satu ibadat, menurut Rasulullah SAW.. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Keperluan terhadap doa juga besar, terutamanya di zaman moden kini apabila materialisme telah berjaya melekakan sebahagian besar umat Islam dengan begitu meluas sekali sehingga hati mereka mejadi keras seperti batu, atau lebih keras lagi dari itu.
Sesungguhnya, doa yang diambil dari sunnah akan mengingatkan setiap Muslim terhadap Tuhannya dan agar sentiasa rendah diri terhadapNYA di dalam setiap urusan harian hidup kita pada setiap masa di waktu siang dan malam. Dengan itu Musllim tersebut tetap beristiqamah dengan agamanya, mengingati Allah dan memperolehi pahala yang melimpah ruah, lidahnya sentiasa berterusan menyebut nama ALLAH.
Berdoalah memohon ampun kepadaNya..memohon apa saja kebaikan hidup dan kesihatan agar kita sentiasa menjalani hidup ini atas landasan agama yang suci yakni Islam.Jangan sia-siakan hidup jika tidak berdoa kepadaNya.Teramat rugi kita jika solat tanpa bedoa ibarat meniti jambatan dengan kedua belah tangan bukan dengan menggunakan kaki..
REenungkanlah...
REenungkanlah...
No comments:
Post a Comment